CARA-CARA MEMOHON LESEN IMPORT, EKSPORT & BERNIAGA IKAN LKIM:-
1. Anda terlebih dahulu perlu mendaftar sebagai pengguna dengan menekan butang Daftar untuk mendapatkan skrin pendaftaran.
2. Isikan maklumat No. MyKad dan Kata Laluan (tidak kurang dari 8 huruf dan/atau nombor). No. MyKad dan Kata Laluan perlu disimpan untuk kegunaan di lain kali.
3. Apabila pendaftaran selesai, anda dikehendaki menekan butang login untuk mendapatkan borang permohonan lesen secara elektronik (e-form).
4. Cara-cara Mengisi Borang (elektronik) Permohonan Lesen:-
i) Pilih jenis lesen atau lesen-lesen yang ingin dipohon. Sekiranya anda memilih import/eksport, sistem akan bertanya adakah anda atau syarikat anda merupakan agen penghantaran atau agen pengangkutan. Anda diwajibkan untuk menjawab Ya/Tidak.
ii) Anda dikehendaki mengisi maklumat-maklumat peribadi pemohon seperti Nama, Alamat, No Telefon dan lain-lain (Ruangan yang ditanda * adalah wajib diisi).
ii) Anda juga perlu mengisi maklumat-maklumat untuk syarikat, alamat syarikat, no pendaftaran syarikat, dan lain-lain.
iv) Bagi pemohon Lesen Borong, anda dikehendaki mengisi maklumat pekerja.
v) Bagi permohonan Lesen Import/Eksport anda dikehendaki mengisi maklumat kendalian ikan seperti kategori ikan atau jenis ikan yang ingin diimport serta pintu masuk yang akan digunakan dan lain-lain.
vi) Kemudian anda dikehendaki mengisi maklumat kemudahan perniagaan yang dimiliki samada Bilik Sejuk, Gerai/ Lot Pasar Borong, pengangkutan, kolam dan lain-lain. Setiap kemudahan perniagaan anda dikehendaki menyatakan jenis dokumen sokongan yang ada sebagai bukti pemilikan kemudahan tersebut.
vii) Seterusnya anda dikehendaki membuat pengakuan bersumpah bahawa segala maklumat yang diberikan itu adalah benar dengan menekan butang YA dan akhirnya anda dikehendaki menekan butang Hantar Permohonan untuk menghantar permohonan secara online ke Pejabat LKIM Negeri yang berhampiran dengan pejabat anda.
5. Selepas permohonan dihantar anda dikehendaki menghubungi pegawai yang memproses permohonan lesen melalui telefon dalam tempoh tidak lebih dari 3 hari. Nama pegawai dan nombor telefonnya akan dipaparkan oleh sistem selepas anda menekan butang hantar permohonan.
6. Anda dikehendaki menyediakan Dokumen-dokumen yang diperlukan sebagaimana yang dinyatakan oleh sistem, untuk diserahkan kepada Pegawai yang memproses lesen di tempat anda.
7. Anda juga perlu membuat bayaran lesen bagi membolehkan permohonan lesen anda diproses. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek atau melalui bank. Sekiranya bayaran dibuat melalui bank, Sila rujuk nombor akaun bank LKIM bagi negeri tertentu. (Sebarang tuntutan balik wang, perlu disertakan dengan resit rasmi LKIM).