-
Pemberitahuan
-
1. Pengeluaran Lesen Import dan Eksport ikan oleh LKIM dihentikan mulai 01 Januari 2014 bagi aktiviti Import/ Eksport yang menggunakan pintu masuk/ keluar Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ini adalah kerana pihak MAQIS telah melaksanakan Permit Import dan Eksport mulai 21 Oktober 2013. Sehubungan dengan itu pemohon perlu mendapatkan Lesen Borong/ Borong (Premis Persendirian) LKIM terlebih dahulu sebelum mendapatkan permit MAQIS.
-
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ingin memaklumkan kepada orang ramai berkaitan penutupan kaunter Pelesenan LKIM bersempena cuti sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2019. Jadual penutupan operasi kaunter pejabat Pelesenan adalah pada 3 Jun 2019 (isnin) sehingga 10 Jun 2019 (Jumaat). Sehubungan itu, perkhitmatan kaunter Pelesenan LKIM akan kembali beroperasi semula seperti biasa pada 11 Jun 2019(Selasa). Sebarang kesulitan yang dialami amatlah dikesali.
-
2). PERMOHONAN LESEN UNTUK IMPORT IKAN BASAH DAN SEJUK BEKU HANYA DIPERTIMBANGKAN KEPADA:-
-
(ii) Peniaga Borong Ikan di Premis Persendirian yang mempunyai BILIK SEJUK.
-
(iii) Pemprosesan Ikan secara besar-besaran untuk kegunaan sendiri sahaja
-
3). MENURUT KUASA-KUASA Lembaga di bawah Peraturan 6 (3), Peraturan-peraturan Pemasaran Ikan 1973 [PU(A)381/73] dengan ini menetapkan bahawa mana-mana lesen Eksport ikan yang dikeluarkan untuk tujuan mengeksport ikan ke Singapura adalah tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat tambahan seperti berikut:-
-
(i) Semua pengeksportan ikan ke Singapura hendaklah dilakukan di Pusat Pemeriksaan Ikan LKIM Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor.
-
(ii) Setiap pengeksportan udang hidup dan basah hendaklah disertai dengan surat pengesahan bebas daripada formaldehyde dan asid boric dari Jabatan Perikanan Malaysia.
-
(iii) Setiap pengeksportan udang sejukbeku dan udang yang telah diproses hendaklah disertai dengan sijil kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
-
4). PERMOHONAN DARI AGEN PENGANGKUTAN ATAU AGEN FORWARDING UNTUK MENDAPATKAN LESEN IMPORT/EKSPORT IKAN TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.